Penghayatan Jalur Gemilang

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Bersempena Bulan Kemerdekaan, seramai 4 orang pelajar telah mengikuti Kelas Penghayatan Jalur Gemilang yang diadakan pada 15 Ogos 2020 bertempat di Pusat Internet Kg Stungkor Baru. Aktiviti dimulakan dengan pengajar bertanya soalan yang berkaitan dengan maksud Kemerdekaan Malaysia yang disambut pada 31 Ogos pada setiap tahun. Selepas itu, pelajar telah diminta untuk menonton video ringkas yang menerangkan maksud setiap warna dan simbol pada Jalur Gemilang dan diakhiri dengan kuiz Jalur Gemilang untuk menguji kefahaman mereka. Beberapa aktiviti sampingan turut dijalankan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali